Persatuan Alumni SM Seri Bahagia mengucapkan terima kasih atas persudian Dato' Dr. Hj. Bahari bin Dato' Tok Muda Hj. Awang Ngah dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) yang telah meluangkan masa menjadi penceramah dalam sesi Program Career Path, anjuran Persatuan Alumni , yang memberikan focus kepada sektor Perubatan dan Kesihatan.
Program tersebut telah diadakan di SM Seri Bahagia pada 21/3/2016(Hari Isnin) bermula daripada pukul
11 pagi sehingga 1 petang.
Wakil Persatuan Alumni dalam program tersebut adalah Charles Hector, Presiden Persatuan Alumni.
Program dihadiri lebih kurang 40 pelajar sekolah daripada Tingkatan 5 dan 4, serta beberapa wakil dari Tingkatan 3.
Dato' Dr. Hj. Bahari merupakan seorang bekas pelajar sekolah ini, bila sekolah ini dahulu dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah (Jenis Kebangsaan) Jalan Bahagia..




