PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN
INDUK
PERSATUAN ALUMNI SMK SERI
BAHAGIA, TEMERLOH, PAHANG
FASAL 1 NAMA
(1) Pertubuhan ini dikenali dengan
nama
PERSATUAN ALUMNI SMK SERI BAHAGIA, TEMERLOH, PAHANG Selepas ini disebut "Pertubuhan".
(2) Takrif Nama : Alumni (smk)
Seri Bahagia
(3) Taraf Pertubuhan : Lain-lain
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
1. Alamat berdaftar dan tempat
urusan pertubuhan ialah
SMK SERI BAHAGIA
28000 TEMERLOH
PAHANG
dan alamat untuk surat-menyurat adalah
SMK SERI BAHAGIA
28000 TEMERLOH
PAHANG
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari
semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;
2. Tempat urusan berdaftar dan
alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar
Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT
1. Membantu pihak sekolah
menaikkan nama sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.
2. Menyatupadukan bekas pelajar,
bekas guru, bekas kakitangan dan anggota keluarga warga SMK Seri Bahagia,
Temerloh, Pahang untuk mencapai tujuan dan matlamat pertubuhan.
3. Merancang dan mengambil
bahagian dalam sebarang aktiviti berkaitan sekolah, ahli-ahli pertubuhan dan
masyarakat setempat yang akan memberikan faedah kepada ahli-ahli pertubuhan,
sekolah dan masyarakat setempat.
4. Memupuk perpaduan nasional, mempertingkatkan
hubungan persahabatan dan semangat kekitaan melalui aktiviti-aktiviti
pertubuhan.
5. Merancang dan melaksanakan
aktiviti-aktiviti untuk faedah ahli-ahli termasuklah menjaga kebajikan
ahli-ahli.
6. Memiliki harta alih dan harta tak alih
termasuklah memohon, memiliki, membeli, memajak, mengadai, menyewa, menjual
harta alih dan memohon, memiliki, membeli, melabur, memajak, mengadai, menjual
dalam mana-mana pelaburan dan/atau tawaran awam yang dibenarkan dari masa ke
semasa.
FASAL 4 KEAHLIAN
(1) Keahlian Pertubuhan adalah
seperti berikut :
A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 Tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal
Ahli : Seluruh Negara
iv. Keturunan/Bangsa : Semua
v. Jantina : Semua
vi. Agama : Semua
vii. Kriteria Keahlian yang lain:
Bekas Pelajar SMK Seri Bahagia, Temerloh, Pahang
B. Ahli Bersekutu
Bekas Guru, Bekas Pekerja , suami
atau isteri kepada bekas pelajar SMK Seri Bahagia, suami atau isteri Bekas Guru
SMK Seri Bahagia, suami atau isteri Bekas Pekerja SMK Seri Bahagia yang berumur
sekurang-kurangnya 18 tahun semasa memohon untuk menjadi ahli dan warganegara
Malaysia.
Ahli bersekutu berhak untuk
menghadiri sebarang Mesyuarat Agung Pertubuhan TETAPI TIDAK BERHAK untuk
mengundi mahupun memegang jawatan dalam Pertubuhan MELAINKAN dalam Jawatankuasa
Kecil yang dibentuk dan dilantik dari masa ke semasa di bawah Perlembagaan ini.
C. Ahli Kehormat
Dilantik oleh Jawatankuasa
daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan
kepada pertubuhan. Mereka boleh menghadiri semua Mesyuarat Agung dan Mesyuarat
Jawatankuasa/ Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pertubuhan tetapi tidak dibenarkan
untuk mengundi mahupun diundi untuk memegang jawatan dalam Pertubuhan DAN
DIKECUALIKAN daripada pembayaran yuran.
D. Ahli Seumur Hidup
Terbuka kepada Ahli Biasa yang
membayar yuran sekaligus.
E. Ahli Remaja Tiada
(2) Tiap-tiap permohonan menjadi
ahli hendaklah secara bertulis melalui borang yang disediakan oleh Pertubuhan
dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu
dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa
boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
(3) Tiap-tiap pemohon yang
permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah
membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah
diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN
PEMECATAN AHLI
(1) Ahli yang hendak berhenti
daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu
terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
(2) Mana-mana ahli yang gagal
mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan
mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi
suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum
Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu
hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya
secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi
penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah
dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas
rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan pertubuhan ini
adalah daripada:
(1) Bayaran masuk dan Yuran
(a) Bayaran Masuk RM 10.00
(Ringgit Malaysia SEPULUH sahaja).
(b) Yuran tahunan RM 10.00 (Ringgit Malaysia
SEPULUH sahaja).
3 (i) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan
kepada Bendahari pada atau sebelum 31 Januari setiap tahun.
(ii)Yuran pendaftaran dan yuran
tahunan ahli hendaklah dijelaskan kepada Bendahari secepat mungkin setelah
permohonan menjadi ahli diputuskan oleh Jawatankuasa.
(c)Yuran Seumur Hidup
(perlu dijelaskan semasa permohonan keahlian) RM 300.00(Ringgit Malaysia TIGA
RATUS sahaja)
(2) Ahli yang membiarkan hutang
yurannya lebih daripada dua (2) tahun akan menerima surat peringatan yang
ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya
sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
(3) Ahli yang membiarkan hutangnya
sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3) tahun dengan sendirinya terhenti
daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya
tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang
ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
(4) Jawatankuasa mempunyai kuasa
menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya
terlucut disebabkan hutang.
(5) Yuran khas atau kutipan wang
daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan
persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar
wang yuran tersebut dalam maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran
tahunan.
(6) Sumbangan Pertubuhan ini
dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan
berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata
Tahunan pertubuhan.
(7) Kegiatan Ekonomi Pertubuhan
ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur,
menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan
ekonomi.Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini aakan
digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan matlamat
Pertubuhan dan tiada sebahagian pun daripada wang atau keuntungan tersebut
boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada
ahliahlinya. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang
pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik seperti untuk membayar gaji atau
perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Pertubuhan
ini.
(1) Pengelolaan Pertubuhan ini
terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli yang 4 hendaklah diadakan setiap
tahun. Korum untuk Mesyuarat Agung adalah sekurang-kurangnya satu perdua (1/2)
daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli
Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat
agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk
mesyuarat.
(2) Jika korum tidak cukup selepas
setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka
mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh tidak lebih daripada
30 hari yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas
setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang
ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat
tetapi tidaklah berkuasa meminda undangundang Pertubuhan.
(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi
Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun
kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mei setiap tahun pada tarikh, masa
dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan
adalah:
(a) menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung tahun sebelumnya;
(b) menerima laopran Jawatankuasa
berkenaan perjalanan Pertubuhan di dalam tahun lalu;
(c) menerima laporan Bendahari dan
penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;
(d) memilih ahli-ahli Jawatankuasa
dan melantik Juruaudit untuk tahun yang akan datang setiap DUA (2) TAHUN
sekali;
(e) menguruskan perkara-perkara
lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
(4) Setiausaha hendaklah
menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya DUA Puluh Satu (21)hari
sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan
minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kewangan Pertubuhan
bagi tahun lalu yang telah diaudit dan borang usul. Salinan dokumen-dokumen ini
juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan
Pertubuhan.
(5) Borang usul hendaklah
dikembalikan oleh ahli kepada Setiausaha TUJUH (7)hari sebelum Mesyuarat Agung
diadakan.
(6) Mesyuarat Agung Khas bagi
pertubuhan ini boleh diadakan:
(a) bila difikirkan mustahak oleh
Jawatankuasa; atau
(b) atas permintaan beramai-ramai
dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang
berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan
ini hendaklah dihantar kepada Setiusaha Pertubuhan.
(7) Mesyuarat Agung Khas yang
diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu
bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
(8) Pengumuman dan agenda untuk
Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua
ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk
bermesyuarat.
(9) Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam
undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan
terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak
mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat
Agung Khas atas permintaan ahliahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah
dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas
permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
(10) Setiausaha hendaklah
menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan
Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya
mesyuarat itu.
(11) Sebarang notis yang
melibatkan panggilan mesyuarat, kertas-kertas mesyuarat, pekeliling yang hendak
disampaikan kepada Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli Pertubuhan boleh disampaikan
selain surat menyurat dengan menggunakan media elektronik termasuklah Sistem
Pesanan Ringkas (SMS) mahupun e-mail.
FASAL 8 JAWATANKUASA
(1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang
dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih Dua Tahun Sekali di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan. Seorang Pengerusi Seorang Timbalan Pengerusi Seorang
Setiausaha Seorang Penolong Setiausaha Seorang Bendahari Sekurang-kurangnya 6
tetapi tidak melebihi 14 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
(2) Pemegang-pemegang jawatan
Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam
Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
(3) Nama-nama untuk
jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan
dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung
DwiTahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula Dua Tahun 6 Sekali.
(4) Fungsi Jawatankuasa ialah
mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan
atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang
telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh
mengambil tindakan yang bertentangan dengan mesyuarat agung dengan tidak
terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi
keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendalah mengemukakan laporan berkenaan
kegiaatannya dalam tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.
(5) Jawatankuasa hendaklah
bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap
mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu.
Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli
Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat
Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurangkurangnya setengah (1/2) daripada
bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan
mencukupkan korum mesyuarat.
(6) Jika timbul perkara mustahak
yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak
dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli
Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling.
Syarat-syarat mengenainya seperti
berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa:
(a)Masalah yang
dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling
yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa.
(b)Sekurang-kurangnya setengah
daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau
bantahan mereka terhadap itu; dan
(c)Keputusan hendaklah dengan undi
yang terbanyak.
Sebarang keputusan yang didapati
melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat
Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit.
(7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir
menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang
memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan.
(8) Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal
dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di
dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu.
Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah
Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga
Mesyuarat Agung Tahunan
(9) Jawatankuasa boleh memberi
arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain 7 untuk menjalankan urusan
Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia
boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan
kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan
keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebabsebab yang difikirkan boleh merosakkan
kepentingan Pertubuhan.
(10) Jawatankuasa boleh menubuhkan
Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dengan bidang kuasa khusus dan/atau
memberikan tanggungjawab khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa atau ahli biasa
untuk mengetuai Jawatankuasa berkenaan. Di mana sesuatu Jawatankuasa Kecil
dipengerusikan ahli biasa, Jawatankuasa boleh melantik seorang ahli
Jawatankuasa sebagai ex-officio Jawatankuasa Kecil tersebut.
(11) Jawatankuasa yang lama
hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran,
perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-surat maklumbalas,
buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, gerangeran tanah, senarai aset dan
sebagainya kepada Jawatankuasa baru.
(12) Jawatankuasa boleh, jika
difikirkan perlu, menjemput hadir wakil sekolah, wakil PIBG, wakil Jawatankuasa
Kecil atau sebagainya untuk menghadiri keseluruhan atau sebahagian daripada
mana-mana mesyuarat jawatankuasa, atau mesyuarat Jawatankuasa Kecil.
FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
(1) Pengerusi dalam tempoh
menyandang jawatannya,
(a) Menjadi pengerusi semua
Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat;
(b) Menandatangani buku cek serta
lain-lain instrumen kewangan Pertubuhan bersama Setiausaha dan Bendahari;
(c) Menandatangani semua dokumen
yang perlu dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan:
(d) Menyediakan laporan Tahunan
bersama Setiausaha, untuk tujuan dihantar kepada ahli sebelum Mesyuarat Agung
Tahunan.
(f)Mempunyai undi pemutus dan
hendaklah menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.
(2) Timbalan Pengerusi hendaklah
memangku tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.
(3) Setiausaha hendaklah
menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia
menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia
bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod
dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan.
Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut
kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan,
pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia
hendaklah hadir dalam semua masyarakat dan membuat catatan mesyuarat.Setiausaha
hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan
mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana
yang dihendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966. Setiausaha
bertanggungjawab untuk semua urusan dengan pihak Pendaftar Pertubuhan.
(4) Penolong Setiausaha hendaklah
menolong Setiausaha menjalankan kerjakerjanya dan memangku jawatan itu semasa
ketiadaan Setiausaha.
(5) Bendahari adalah bertanggungjawab
berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab
sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan pertubuhan yang terdiri daripada
penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.Dia juga hendaklah
menandatangani buku cek serta lain-lain instrumen kewangan Pertubuhan bersama
Pengerusi, atau ahli Jawatankuasa lain yang diberi kuasa dengan sempurna.
(6) Ahli Jawatankuasa Biasa
hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
(7) Ahli Pertubuhan mempunyai hak-hak dan
tangungjawab seperti berikut:
1. Hak-hak Ahli
a. menghadiri semua Mesyuarat
Agung dan Mesyuarat Agung Khas;
b. menyertai dan mengambil
bahagian dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh Pertubuhan;
c. memilih dan dipilih dalam
Mesyuarat Agung bagi memegang jawatan Pertubuhan.
2. Tanggungjawab Ahli
a. menghadiri semua Mesyuarat
Agung dan Mesyuarat Agung Khas;
b. menjelaskan Yuran-Yuran
berkaitan keahliannya yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung dan Mesyuarat
Agung Khas.
c. mematuhi Perlembagaan
Pertubuhan dan menjaga nama baik Pertubuhan.
FASAL 10 KEWANGAN
(1) Tertakluk kepada
peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang Pertubuhan ini boleh
digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan,
termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan
pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit. Wang
Pertubuhan tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan
hukuman oleh mahkamah.
(2) Bendahari dibenarkan menyimpan
wang tunai tidak lebih daripada RM 1000.00(Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja)
pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari
dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan.
(3) Segala cek atau kenyataan
pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak
melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau
pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.
Tandatangan Bendahari adalah wajib untuk sebarang urusan kewangan Pertubuhan.
(4) Melainkan telah diluluskan
oleh Mesyuarat Agung Tahunan, sebarang perbelanjaan dari akaun Pertubuhan
adalah tertakluk kepada syarat seperti berikut :
4.1 Perbelanjaan RM 1,000.00
(Ringgit Malaysia SATU RIBU sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa hanya boleh
di bayar setelah diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.
4.2 Perbelanjaan yang lebih
daripada RM 1000.00(Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja)tetapi tidak melebihi RM
100,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa hanya
boleh dibayar setelah diluluskan oleh terlebih dahulu oleh Jawatankuasa.
4.3 Perbelanjaan yang lebih daripada RM
100,000.00(Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu Sahaja)bagi sesuatu masa tidak
boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu.
(5) Penyata kewangan bagi setahun
hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik
di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya
tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan
untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung
Tahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk
makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
(6) Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari
1hb Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.
FASAL 11 JURUAUDIT
(1) Dua orang yang bukannya
pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai
Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan selama DUA TAHUN dan boleh dilantik
semula.
(2) Juruaudit adalah dikehendaki
memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi SETAHUN. Juruaudit hendaklah membuat
perakuan dan menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan
Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh
Pengerusi mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam
tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
(3) Jika difikirkan perlu
Jawatankuasa dan/atau ahli melalui Mesyuarat Agung boleh melantik mana-mana
firma akauntan yang berlesen bagi memeriksa kira-kira dan rekod kewangan Pertubuhan
dan menyediakan Penyata Kewangan dan Kunci KiraKira untuk dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan.
FASAL 12 PENTADBIR HARTA
(1) Segala harta tidak alih
Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara
pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa
seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan
syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan
yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang ada pada masa
itu yang mana perlantikan mereka disahkan melaui sijil perakuan yang
dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.
(2) Harta tidak alih Pertubuhan
tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan
Mesyuarat Agung.
FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN
(1) Dalam tempoh di antara dua
Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan
ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang
jelas di dalam perlembagaan ini.
(2) Kecuali perkara-perkara yang
bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat
agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak
diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG
(1) Jawatankuasa boleh, jika
difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung
bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang 11 dilantik itu menyatakan
persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.
FASAL 15 LARANGAN
(1) Sebarang bentuk perjudian
seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di
permis pertubuhan.
(2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya
tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan
atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan
pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.
(3) Pertubuhan ini tidak boleh
menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama
Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan
dari pihak berkuasa yang berkenaan.
(4) Faedah seperti yang
diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan
oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
(5) Semua wang dan keuntungan yang
didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi
hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan bagi mencapai matlamat
pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau
bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak
menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau
kedua-duanya kepada manamana ahli atau pekerja Pertubuhan.
FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN
(1) Perlembagaan ini tidak boleh
dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan
perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60
hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan
hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh
Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 17 PEMBUBARAN
(1) Pertubuhan ini boleh
dibubarkan secara sukarela melalui persetujuan tidak kurang daripada dua
pertiga (2/3) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu Mesyuarat
Agung yang dipanggil khas kerananya.
(2) Sekiranya Pertubuhan hendak
dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka 12 segala hutang dan tanggungan
Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang
yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam
Mesyuarat Agung yang berkenaan.
(3) Permohonan pembubaran ini hendaklah
disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh
keputusan pembubaran itu.
FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN
LENCANA
1. Bendera - Keterangan –
2. Lambang - Keterangan –
3. Lencana - Keterangan -
Nota:-
Ini ada Perlembagaan terkini, sapertimana dipinda dan diluluskan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan dan digunapakai mulai 3/4/2013