Persatuan Alumni telah berjaya menganjurkan program berkenaan HAK ASASI untuk murid sekolah, yang telah di hadiri lebih kurang 40 pelajar Tingkatan 4 pada 29 Mac 2016, bermula daripada jam 9 pagi sehingaa jam 1.15 petang di Dewan Sekolah.
Program latihan hak asasi dijayakan dengan sokongan dan bantuan pihak SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia). Program latihan ini dikendalikan oleh pegawai Suhakam, Puan Asma Abdul Manaf.
Program ini yang mengunakan cara berinteraksi, kerja kumpulan, aktiviti melukis, penyediaan dan persembahan drama dan ceramah mendapat sambutan baik daripada para peserta program. Kefahaman asas diberikan mengenai apakah dia 'hak asasi'?
Guru sekolah terutama Cikgu Zainun banyak membantu dalam program tersebut. Pengerusi Persatuan Alumni, En Charles Hector, telah hadhir sebagai wakil Alumni.



