Saturday, 23 July 2016

Kursus Hak Asasi untuk guru sekolah pada 12 Julai 2016

Pihak Alumni telah menganjurkan kursus Has Asasi untuk guru sekolah pada 12 Julai 2016, pada jam 2.45 - 4.30 ptg. Program ini telah dihadiri 35 cikgu sekolah.

Penceramah Puan Hasmah Abdul Manaf daripada SUHAKAM telah mengendalikan program ini memberikan pendedahan kepada Hak Asasi termasuk Hak Kanak-kanak. 

Apabila cikgu sekolah terdedah kepada hak asasi, harapan bahawa ini juga akan bakal disalurkan kepada pelajar.

Pihak Alumni jega telah mengadakan program hak asasi untuk pelajar - yang telah dihadiri 40 pelajar tingkatan 4. Program Hak Asasi untuk pelajar kedua akan diadakan pada 22 Julai, dan pelajar tingkatan 2 dan 3 adalah tumpuan program ini.




Feedback yang diterima, adalah baik tetapi ada cikgu yang memberi komen bahawa masa program mungkin lebih baik diadakan pada hari Sabtu pagi atau pada hari cuti atau pada masa sekolah.

Program kini pada hari sekolah, ada guru yang menyatakan bahawa masa tidak sesuai kerana ada yang letih selepas kerja sekolah biasa, dan ada cikgu juga ada tugas keluarga biasa yang perlu dilakukan. 

Ada yang dicadangkan, bahawa lebih baik di adakah mungkin pada hari cuti misalnya Sabut, di mana peserta akan kurang letih dan lebih memberikan tumpuan. Kandungan program didapati bagua, dan banyak pengetahuan diperolehi.

Thursday, 21 July 2016

LAPURAN AKTIVITI 2015-2016




PERSATUAN ALUMNI  SMK SERI BAHAGIA
(No.Pendaftaran : PPM-007-06-07102012)
SMK Seri Bahagia,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur



LAPURAN AKTIVITI 2015-2016

Sejak Mesyuarat Agung Alumni yang diadakan pada 18/4/2015, Persatuan Alumni telah bergerak dan telah berjaya menganjurkan beberapa aktiviti. Aktiviti yang telah dilakukan untuk murid-murid SMK Seri Bahagia adalah saperti berikut:-

PROGRAM ‘CAREER PATH’ (1) – AM DAN SEKTOR PERUNDANGAN – 15/9/2015

Saudara Charles Hector telah mengendalikan program 2 jam ini, anjuran Persatuan Alumni,  bermula 12.30-2.30 petang dihadiri lebih kurang 70 pelajar Tingkatan 5. Turut hadhir daripada pihak Alumni adalah Puan Ruhaizam bt Jaafar.

PROGRAM ‘CAREER PATH’ (2) – SEKTOR KESIHATAN DAN PERUBATAN – 21/3/2016

Dato' Dr. Hj. Bahari bin Dato' Tok Muda Hj. Awang Ngah dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) telah mengendalikan program 2 jam ini, anjuran Persatuan Alumni,  bermula 11.00-1.00 petang dihadiri lebih kurang 40 pelajar sekolah daripada Tingkatan 5 dan 4, serta beberapa wakil dari Tingkatan 3. Turut hadhir daripada pihak Alumni adalah Saudara Charles Hector.

# Ada usaha untuk menganjurkan Program ‘Career Path’ untuk sektor tentera, di mana proses surat menyurat telah bermula, tapi masih tarikh tetap belum diberikan.

# Alumni akan meneruskan program ‘career path’ memandangkan sambutan baik diterima.

PROGRAM LATIHAN HAK ASASI BERSAMA SUHAKAM(1) 29/3/2016

Puan Asma Abdul Manaf daripada SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia) telah mengendalikan program 4 jam, anjuran Alumni ini, bermula jam 9 pagi sehingaa jam 1.15 petang telah dihadiri 40 pelajar Tingkatan 4. Pihak SUHAKAM menentukan had maxima hadirin 40 sahaja. Turut hadhir daripada pihak Alumni adalah Saudara Charles Hector.

# Pihak Alumni juga telah berusaha membuat Program Latihan Hak Asasi Bersama SUHAKAM(2) khusus untuk pelajar Tingkatan 2 dan 3, tetapi terpaksa ditangguhkan pada saat terakhir kerana tarikh tidak sesuai bagi pihak sekolah. Kini program ini akan dijalankan selepas Hari Raya.

# Atas cadangan pihak SUHAKAM, pihak Alumni juga akan adakan Program Latihan Hak Asasi Bersama SUHAKAM(3) khusus untuk guru sekolah, di mana program ini akan diadakan pada bulan Julai.


SUKAN TAHUNAN SMK SERI BAHAGIA - 26/2/2016

Wakil Alumni yang menghadiri program sukan ini, yang diadakan di pagi Jumaat (26/2/2016), adalah Sdr Charles Hector (Presiden), Sdr Indran Subrumanian(Setiausaha) dan Sdr Ruhaizam bt Jaafar(AJK). 

Pihak Alumni juga telah berusaha menjual T-Shirt Alumni pada program ini.

BLOG PERSATUAN ALUMNI

Alumni telah memulakan Blog Persatuan Alumni (http://alumniseribahagia.blogspot.my/) di mana dimuatkan bukan sahaja aktiviti Alumni tetapi juga aktiviti sekolah, dan pencapaian pelajar sekolah. Turut dimuat naik adalah berita mengenai aktiviti batch Alumni yang diketahui serta juga berita mengenai ahli alumni dan juga bekas cikgu.

# Keputusan juga untuk memulakan Facebook group rasmi untuk Persatuan Alumni, apabila diketahui bahawa pada masa kini sebenarnya belum lagi wujud. Ada beberapa Facebook Group yang sedia wujud tetapi tidak dimulakan oleh Persatuan Alumni. Ini masih dalam proses.

SIJIL PENGHARGAAN DAN COP

Ini sedang dilakukan, di mana Sijil Penghargaan ini akan digunakan untuk pelajar yang mendapat pencapaian cemerlang, penceramah dan/atau pelatih yang hadhir membantu kejayaan program Alumni dan untuk pekara lain yang relevan. Alumni sedar bahawa kewangan kita sempit, dan Sijil sedemikian juga akan bererti untuk pelajar khususnya. Saudara Ahmad Nazri adalah AJK yang diberi tanggungjawab dan telah melakukan banyak kerja berkenaan perkara ini.

DERMA LANGANAN MAJALAH UNTUK PERPUSTAKAAN SEKOLAH

Keputusan telah dibuat untuk Alumni melanggan 2 majalah untuk sekolah untuk jangkamasa 2 tahun, di mana ini ditangguhkan sekejap kerana perpustakaan sekolah dalam proses pembaikpulihan. Ini akan dilakukan selepas AGM ini.

# Ada beberapa aktiviti yang sudah dipersetujui yang masih lagi belum siap dilaksanakan pada masa ini termasuk acara sukan, kursus kepimpinan, pertandingan esei dan lain-lain.

MESYUARAT AJK

2 Mesyuarat AJK (kehadiran fizikal) telah diadakan pada 5/9/2015 dan 24/2/2016. Selain daripada itu, mesyuarat dan/atau keputusan telah dibuat secara online kerana hakikatnya kebanyakkan AJK berada di luar bandar.

Untuk menyenangkan komunikasi di antara AJK, satu kumpulan Whats App diwujudkan. Juga telah dimulakan satu kumpulan e-group. Hakikat kini adalah hanya lebih kurang 4 orang AJK yang berada di Temerloh, dan yang lain adalah dari luar bandar Temerloh.

Hakikat juga adalah bahawa kebanyakkan AJK bekerja masa tetap, dan olehkerana itu sukar hadiri program Alumni untuk pelajar sekolah, yang atas permintaan sekolah telah dijalankan pada waktu sekolah.

KEAHLIAN

Walaupun ramai ahli telah mula-mula menyertai menjadi ahli Persatuan Alumni, tetapi keahlian mereka terpaksa dibatalkan kerana kegagalan membayar Yuran tahunan – di mana kini bilangan ahli berdaftar hanya tinggal lebih kurang 8 sahaja.

Ramai alumni gemar aktif dalam alumni batch mereka, dan akan menyokong aktiviti Persatuan Alumni tetapi wujud keengan mahu menjadi ahli rasmi dan/atau membayar yuran tahunan. Ini adalah satu pekara yang harus dibincang dan diselesaikan oleh AJK, harap-harap selepas ini.

PENGHARGAAN KEPADA PIHAK SEKOLAH

Persatuan Alumni menghargai sokongan dan bantuan sekolah, Pengetua Tuan Hadi Bin Mat Main dan guru-guru sekolah yang membantu.

Persatuan Alumni juga menghargai sumbangan Alumni, di mana ada yang bukan merupakan ahli lagi.

Persatuan Alumni juga menghargai usaha kesemua AJK serta Auditor Persatuan Alumni, di mana tanpa kerjasama dan dedikasi mereka, Persatuan Alumni tidak akan berjaya. Ingin dinyatakan


Sekian.


Charles Hector Fernandez
Pengerusi
Persatuan Alumni SMK Seri Bahagia Temerloh

28/5/2016