PERSATUAN ALUMNI
SMK SERI BAHAGIA
(No.Pendaftaran
: PPM-007-06-07102012)
SMK
Seri Bahagia,
28000
Temerloh,
Pahang
Darul Makmur
LAPURAN AKTIVITI 2015-2016
Sejak Mesyuarat Agung Alumni yang diadakan pada
18/4/2015, Persatuan Alumni telah bergerak dan telah berjaya menganjurkan
beberapa aktiviti. Aktiviti yang telah dilakukan untuk murid-murid SMK Seri
Bahagia adalah saperti berikut:-
PROGRAM
‘CAREER PATH’ (1) – AM DAN SEKTOR PERUNDANGAN – 15/9/2015
Saudara Charles Hector telah mengendalikan program 2 jam
ini, anjuran Persatuan Alumni, bermula 12.30-2.30
petang dihadiri lebih kurang 70 pelajar Tingkatan 5. Turut hadhir daripada
pihak Alumni adalah Puan Ruhaizam bt
Jaafar.
PROGRAM
‘CAREER PATH’ (2) – SEKTOR KESIHATAN DAN PERUBATAN – 21/3/2016
Dato' Dr. Hj. Bahari bin Dato' Tok Muda Hj. Awang Ngah
dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) telah mengendalikan program 2 jam
ini, anjuran Persatuan Alumni, bermula 11.00-1.00
petang dihadiri lebih kurang 40 pelajar
sekolah daripada Tingkatan 5 dan 4, serta beberapa wakil dari Tingkatan 3.
Turut hadhir daripada pihak Alumni adalah Saudara Charles Hector.
# Ada usaha untuk
menganjurkan Program ‘Career Path’ untuk sektor tentera, di mana proses surat
menyurat telah bermula, tapi masih tarikh tetap belum diberikan.
# Alumni akan meneruskan
program ‘career path’ memandangkan sambutan baik diterima.
PROGRAM LATIHAN HAK ASASI BERSAMA
SUHAKAM(1) 29/3/2016
Puan Asma Abdul Manaf daripada SUHAKAM (Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia Malaysia) telah mengendalikan program 4 jam, anjuran Alumni ini,
bermula jam 9 pagi sehingaa jam 1.15 petang telah dihadiri 40 pelajar Tingkatan
4. Pihak SUHAKAM menentukan had maxima hadirin 40 sahaja. Turut hadhir daripada
pihak Alumni adalah Saudara Charles Hector.
# Pihak Alumni juga telah
berusaha membuat Program Latihan Hak Asasi Bersama SUHAKAM(2) khusus untuk
pelajar Tingkatan 2 dan 3, tetapi terpaksa ditangguhkan pada saat terakhir
kerana tarikh tidak sesuai bagi pihak sekolah. Kini program ini akan dijalankan
selepas Hari Raya.
# Atas cadangan pihak
SUHAKAM, pihak Alumni juga akan adakan Program Latihan Hak Asasi Bersama
SUHAKAM(3) khusus untuk guru sekolah, di mana program ini akan diadakan pada
bulan Julai.
SUKAN
TAHUNAN SMK SERI BAHAGIA - 26/2/2016
Wakil Alumni yang menghadiri
program sukan ini, yang diadakan di pagi Jumaat (26/2/2016), adalah Sdr Charles
Hector (Presiden), Sdr Indran Subrumanian(Setiausaha) dan Sdr Ruhaizam bt
Jaafar(AJK).
Pihak Alumni juga telah berusaha menjual T-Shirt Alumni
pada program ini.
BLOG PERSATUAN
ALUMNI
Alumni telah memulakan Blog Persatuan Alumni (http://alumniseribahagia.blogspot.my/)
di mana dimuatkan bukan sahaja aktiviti Alumni tetapi juga aktiviti sekolah,
dan pencapaian pelajar sekolah. Turut dimuat naik adalah berita mengenai
aktiviti batch Alumni yang diketahui serta juga berita mengenai ahli alumni dan
juga bekas cikgu.
# Keputusan juga untuk memulakan Facebook group rasmi
untuk Persatuan Alumni, apabila diketahui bahawa pada masa kini sebenarnya
belum lagi wujud. Ada beberapa Facebook Group yang sedia wujud tetapi tidak
dimulakan oleh Persatuan Alumni. Ini masih dalam proses.
SIJIL
PENGHARGAAN DAN COP
Ini sedang dilakukan, di mana Sijil Penghargaan ini
akan digunakan untuk pelajar yang mendapat pencapaian cemerlang, penceramah
dan/atau pelatih yang hadhir membantu kejayaan program Alumni dan untuk pekara
lain yang relevan. Alumni sedar bahawa kewangan kita sempit, dan Sijil
sedemikian juga akan bererti untuk pelajar khususnya. Saudara Ahmad Nazri
adalah AJK yang diberi tanggungjawab dan telah melakukan banyak kerja berkenaan
perkara ini.
DERMA
LANGANAN MAJALAH UNTUK PERPUSTAKAAN SEKOLAH
Keputusan telah dibuat untuk Alumni melanggan 2 majalah
untuk sekolah untuk jangkamasa 2 tahun, di mana ini ditangguhkan sekejap kerana
perpustakaan sekolah dalam proses pembaikpulihan. Ini akan dilakukan selepas
AGM ini.
# Ada beberapa aktiviti yang sudah dipersetujui yang
masih lagi belum siap dilaksanakan pada masa ini termasuk acara sukan, kursus
kepimpinan, pertandingan esei dan lain-lain.
MESYUARAT
AJK
2 Mesyuarat AJK (kehadiran fizikal) telah diadakan pada
5/9/2015 dan 24/2/2016. Selain daripada itu, mesyuarat dan/atau keputusan telah
dibuat secara online kerana hakikatnya kebanyakkan AJK berada di luar bandar.
Untuk menyenangkan komunikasi di antara AJK, satu
kumpulan Whats App diwujudkan. Juga telah dimulakan satu kumpulan e-group.
Hakikat kini adalah hanya lebih kurang 4 orang AJK yang berada di Temerloh, dan
yang lain adalah dari luar bandar Temerloh.
Hakikat juga adalah bahawa kebanyakkan AJK bekerja masa
tetap, dan olehkerana itu sukar hadiri program Alumni untuk pelajar sekolah,
yang atas permintaan sekolah telah dijalankan pada waktu sekolah.
KEAHLIAN
Walaupun ramai ahli telah mula-mula menyertai menjadi
ahli Persatuan Alumni, tetapi keahlian mereka terpaksa dibatalkan kerana
kegagalan membayar Yuran tahunan – di mana kini bilangan ahli berdaftar hanya
tinggal lebih kurang 8 sahaja.
Ramai alumni gemar aktif dalam alumni batch mereka, dan
akan menyokong aktiviti Persatuan Alumni tetapi wujud keengan mahu menjadi ahli
rasmi dan/atau membayar yuran tahunan. Ini adalah satu pekara yang harus
dibincang dan diselesaikan oleh AJK, harap-harap selepas ini.
PENGHARGAAN
KEPADA PIHAK SEKOLAH
Persatuan Alumni menghargai sokongan dan bantuan
sekolah, Pengetua Tuan Hadi Bin Mat Main dan guru-guru sekolah yang membantu.
Persatuan
Alumni juga menghargai sumbangan Alumni, di mana ada yang bukan merupakan ahli
lagi.
Persatuan
Alumni juga menghargai usaha kesemua AJK serta Auditor Persatuan Alumni, di
mana tanpa kerjasama dan dedikasi mereka, Persatuan Alumni tidak akan berjaya.
Ingin dinyatakan
Sekian.
Charles Hector Fernandez
Pengerusi
Persatuan Alumni SMK Seri Bahagia Temerloh
28/5/2016
No comments:
Post a Comment