Saturday, 23 July 2016

Kursus Hak Asasi untuk guru sekolah pada 12 Julai 2016

Pihak Alumni telah menganjurkan kursus Has Asasi untuk guru sekolah pada 12 Julai 2016, pada jam 2.45 - 4.30 ptg. Program ini telah dihadiri 35 cikgu sekolah.

Penceramah Puan Hasmah Abdul Manaf daripada SUHAKAM telah mengendalikan program ini memberikan pendedahan kepada Hak Asasi termasuk Hak Kanak-kanak. 

Apabila cikgu sekolah terdedah kepada hak asasi, harapan bahawa ini juga akan bakal disalurkan kepada pelajar.

Pihak Alumni jega telah mengadakan program hak asasi untuk pelajar - yang telah dihadiri 40 pelajar tingkatan 4. Program Hak Asasi untuk pelajar kedua akan diadakan pada 22 Julai, dan pelajar tingkatan 2 dan 3 adalah tumpuan program ini.




Feedback yang diterima, adalah baik tetapi ada cikgu yang memberi komen bahawa masa program mungkin lebih baik diadakan pada hari Sabtu pagi atau pada hari cuti atau pada masa sekolah.

Program kini pada hari sekolah, ada guru yang menyatakan bahawa masa tidak sesuai kerana ada yang letih selepas kerja sekolah biasa, dan ada cikgu juga ada tugas keluarga biasa yang perlu dilakukan. 

Ada yang dicadangkan, bahawa lebih baik di adakah mungkin pada hari cuti misalnya Sabut, di mana peserta akan kurang letih dan lebih memberikan tumpuan. Kandungan program didapati bagua, dan banyak pengetahuan diperolehi.

No comments:

Post a Comment