PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN
INDUK
PERSATUAN ALUMNI SMK SERI
BAHAGIA, TEMERLOH, PAHANG
FASAL 1 NAMA
(1) Pertubuhan ini dikenali dengan
nama
PERSATUAN ALUMNI SMK SERI BAHAGIA, TEMERLOH, PAHANG Selepas ini disebut "Pertubuhan".
(2) Takrif Nama : Alumni (smk)
Seri Bahagia
(3) Taraf Pertubuhan : Lain-lain
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
1. Alamat berdaftar dan tempat
urusan pertubuhan ialah
SMK SERI BAHAGIA
28000 TEMERLOH
PAHANG
dan alamat untuk surat-menyurat adalah
SMK SERI BAHAGIA
28000 TEMERLOH
PAHANG
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;
2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT
1. Membantu pihak sekolah menaikkan nama sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.
2. Menyatupadukan bekas pelajar, bekas guru, bekas kakitangan dan anggota keluarga warga SMK Seri Bahagia, Temerloh, Pahang untuk mencapai tujuan dan matlamat pertubuhan.
3. Merancang dan mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti berkaitan sekolah, ahli-ahli pertubuhan dan masyarakat setempat yang akan memberikan faedah kepada ahli-ahli pertubuhan, sekolah dan masyarakat setempat.
4. Memupuk perpaduan nasional, mempertingkatkan hubungan persahabatan dan semangat kekitaan melalui aktiviti-aktiviti pertubuhan.
5. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk faedah ahli-ahli termasuklah menjaga kebajikan ahli-ahli.
6. Memiliki harta alih dan harta tak alih termasuklah memohon, memiliki, membeli, memajak, mengadai, menyewa, menjual harta alih dan memohon, memiliki, membeli, melabur, memajak, mengadai, menjual dalam mana-mana pelaburan dan/atau tawaran awam yang dibenarkan dari masa ke semasa.
FASAL 4 KEAHLIAN
(1) Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut :
A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 Tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Seluruh Negara
iv. Keturunan/Bangsa : Semua
v. Jantina : Semua
vi. Agama : Semua
vii. Kriteria Keahlian yang lain: Bekas Pelajar SMK Seri Bahagia, Temerloh, Pahang
B. Ahli Bersekutu
Bekas Guru, Bekas Pekerja , suami
atau isteri kepada bekas pelajar SMK Seri Bahagia, suami atau isteri Bekas Guru
SMK Seri Bahagia, suami atau isteri Bekas Pekerja SMK Seri Bahagia yang berumur
sekurang-kurangnya 18 tahun semasa memohon untuk menjadi ahli dan warganegara
Malaysia.
Ahli bersekutu berhak untuk
menghadiri sebarang Mesyuarat Agung Pertubuhan TETAPI TIDAK BERHAK untuk
mengundi mahupun memegang jawatan dalam Pertubuhan MELAINKAN dalam Jawatankuasa
Kecil yang dibentuk dan dilantik dari masa ke semasa di bawah Perlembagaan ini.
C. Ahli Kehormat
Dilantik oleh Jawatankuasa daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka boleh menghadiri semua Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa/ Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pertubuhan tetapi tidak dibenarkan untuk mengundi mahupun diundi untuk memegang jawatan dalam Pertubuhan DAN DIKECUALIKAN daripada pembayaran yuran.
D. Ahli Seumur Hidup
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.
E. Ahli Remaja Tiada
(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah secara bertulis melalui borang yang disediakan oleh Pertubuhan dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
(1) Ahli yang hendak berhenti
daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu
terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
(2) Mana-mana ahli yang gagal
mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan
mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi
suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum
Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu
hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya
secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi
penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah
dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas
rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan pertubuhan ini
adalah daripada:
(1) Bayaran masuk dan Yuran
(a) Bayaran Masuk RM 10.00
(Ringgit Malaysia SEPULUH sahaja).
(b) Yuran tahunan RM 10.00 (Ringgit Malaysia SEPULUH sahaja).
3 (i) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan
kepada Bendahari pada atau sebelum 31 Januari setiap tahun.
(ii)Yuran pendaftaran dan yuran tahunan ahli hendaklah dijelaskan kepada Bendahari secepat mungkin setelah permohonan menjadi ahli diputuskan oleh Jawatankuasa.
(c)Yuran Seumur Hidup (perlu dijelaskan semasa permohonan keahlian) RM 300.00(Ringgit Malaysia TIGA RATUS sahaja)
(2) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua (2) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
(3) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
(4) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
(5) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.
(6) Sumbangan Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.
(7) Kegiatan Ekonomi Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini aakan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan matlamat Pertubuhan dan tiada sebahagian pun daripada wang atau keuntungan tersebut boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada ahliahlinya. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik seperti untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Pertubuhan ini.
(1) Pengelolaan Pertubuhan ini
terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli yang 4 hendaklah diadakan setiap
tahun. Korum untuk Mesyuarat Agung adalah sekurang-kurangnya satu perdua (1/2)
daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli
Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat
agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk
mesyuarat.
(2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh tidak lebih daripada 30 hari yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undangundang Pertubuhan.
(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mei setiap tahun pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah:
(a) menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung tahun sebelumnya;
(b) menerima laopran Jawatankuasa berkenaan perjalanan Pertubuhan di dalam tahun lalu;
(c) menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;
(d) memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit untuk tahun yang akan datang setiap DUA (2) TAHUN sekali;
(e) menguruskan perkara-perkara
lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
(4) Setiausaha hendaklah
menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya DUA Puluh Satu (21)hari
sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan
minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kewangan Pertubuhan
bagi tahun lalu yang telah diaudit dan borang usul. Salinan dokumen-dokumen ini
juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan
Pertubuhan.
(5) Borang usul hendaklah dikembalikan oleh ahli kepada Setiausaha TUJUH (7)hari sebelum Mesyuarat Agung diadakan.
(6) Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
(a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau
(b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiusaha Pertubuhan.
(7) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
(8) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
(9) Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahliahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
(10) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.
(11) Sebarang notis yang melibatkan panggilan mesyuarat, kertas-kertas mesyuarat, pekeliling yang hendak disampaikan kepada Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli Pertubuhan boleh disampaikan selain surat menyurat dengan menggunakan media elektronik termasuklah Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mahupun e-mail.
FASAL 8 JAWATANKUASA
(1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih Dua Tahun Sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Seorang Pengerusi Seorang Timbalan Pengerusi Seorang Setiausaha Seorang Penolong Setiausaha Seorang Bendahari Sekurang-kurangnya 6 tetapi tidak melebihi 14 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
(2) Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
(3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula Dua Tahun 6 Sekali.
(4) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendalah mengemukakan laporan berkenaan kegiaatannya dalam tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.
(5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurangkurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
(6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling.
Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa:
(a)Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa.
(b)Sekurang-kurangnya setengah
daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau
bantahan mereka terhadap itu; dan
(c)Keputusan hendaklah dengan undi
yang terbanyak.
Sebarang keputusan yang didapati
melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat
Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit.
(7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan.
(8) Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan
(9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain 7 untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebabsebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
(10) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dengan bidang kuasa khusus dan/atau memberikan tanggungjawab khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa atau ahli biasa untuk mengetuai Jawatankuasa berkenaan. Di mana sesuatu Jawatankuasa Kecil dipengerusikan ahli biasa, Jawatankuasa boleh melantik seorang ahli Jawatankuasa sebagai ex-officio Jawatankuasa Kecil tersebut.
(11) Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-surat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, gerangeran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru.
(12) Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, menjemput hadir wakil sekolah, wakil PIBG, wakil Jawatankuasa Kecil atau sebagainya untuk menghadiri keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana mesyuarat jawatankuasa, atau mesyuarat Jawatankuasa Kecil.
FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
(1) Pengerusi dalam tempoh
menyandang jawatannya,
(a) Menjadi pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat;
(b) Menandatangani buku cek serta lain-lain instrumen kewangan Pertubuhan bersama Setiausaha dan Bendahari;
(c) Menandatangani semua dokumen yang perlu dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan:
(d) Menyediakan laporan Tahunan bersama Setiausaha, untuk tujuan dihantar kepada ahli sebelum Mesyuarat Agung Tahunan.
(f)Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.
(2) Timbalan Pengerusi hendaklah memangku tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.
(3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua masyarakat dan membuat catatan mesyuarat.Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dihendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966. Setiausaha bertanggungjawab untuk semua urusan dengan pihak Pendaftar Pertubuhan.
(4) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerjakerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
(5) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.Dia juga hendaklah menandatangani buku cek serta lain-lain instrumen kewangan Pertubuhan bersama Pengerusi, atau ahli Jawatankuasa lain yang diberi kuasa dengan sempurna.
(6) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
(7) Ahli Pertubuhan mempunyai hak-hak dan tangungjawab seperti berikut:
1. Hak-hak Ahli
a. menghadiri semua Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Agung Khas;
b. menyertai dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh Pertubuhan;
c. memilih dan dipilih dalam Mesyuarat Agung bagi memegang jawatan Pertubuhan.
2. Tanggungjawab Ahli
a. menghadiri semua Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Agung Khas;
b. menjelaskan Yuran-Yuran berkaitan keahliannya yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Agung Khas.
c. mematuhi Perlembagaan Pertubuhan dan menjaga nama baik Pertubuhan.
FASAL 10 KEWANGAN
(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit. Wang Pertubuhan tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.
(2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 1000.00(Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan.
(3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut. Tandatangan Bendahari adalah wajib untuk sebarang urusan kewangan Pertubuhan.
(4) Melainkan telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, sebarang perbelanjaan dari akaun Pertubuhan adalah tertakluk kepada syarat seperti berikut :
4.1 Perbelanjaan RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia SATU RIBU sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa hanya boleh di bayar setelah diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.
4.2 Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1000.00(Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja)tetapi tidak melebihi RM 100,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa hanya boleh dibayar setelah diluluskan oleh terlebih dahulu oleh Jawatankuasa.
4.3 Perbelanjaan yang lebih daripada RM 100,000.00(Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu Sahaja)bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu.
(5) Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
(6) Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.
FASAL 11 JURUAUDIT
(1) Dua orang yang bukannya
pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai
Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan selama DUA TAHUN dan boleh dilantik
semula.
(2) Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi SETAHUN. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
(3) Jika difikirkan perlu Jawatankuasa dan/atau ahli melalui Mesyuarat Agung boleh melantik mana-mana firma akauntan yang berlesen bagi memeriksa kira-kira dan rekod kewangan Pertubuhan dan menyediakan Penyata Kewangan dan Kunci KiraKira untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
FASAL 12 PENTADBIR HARTA
(1) Segala harta tidak alih
Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara
pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa
seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan
syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan
yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang ada pada masa
itu yang mana perlantikan mereka disahkan melaui sijil perakuan yang
dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.
(2) Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.
FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
(1) Dalam tempoh di antara dua
Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan
ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang
jelas di dalam perlembagaan ini.
(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG
(1) Jawatankuasa boleh, jika
difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung
bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang 11 dilantik itu menyatakan
persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.
FASAL 15 LARANGAN
(1) Sebarang bentuk perjudian
seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di
permis pertubuhan.
(2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.
(3) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.
(4) Faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
(5) Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada manamana ahli atau pekerja Pertubuhan.
FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN
(1) Perlembagaan ini tidak boleh
dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan
perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60
hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan
hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh
Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 17 PEMBUBARAN
(1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela melalui persetujuan tidak kurang daripada dua pertiga (2/3) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya.
(2) Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka 12 segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung yang berkenaan.
(3) Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.
FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
1. Bendera - Keterangan –
2. Lambang - Keterangan –
3. Lencana - Keterangan -
Nota:-
Ini ada Perlembagaan terkini, sapertimana dipinda dan diluluskan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan dan digunapakai mulai 3/4/2013
No comments:
Post a Comment